Sunday, 30 November 2014

Tips menutup aurat bagi kaum HAWA ! Tak salah kan berubah ke arah kebaikan ?



 Assalamualaikum . Entri kali ini khusus buat bidadari-bidadari syurga yang ingin menuju ke jalan Allah untuk menghuni syurga firdausi. InsyaAllah.Ini saya berikan serba sedikit tips bagi kaum HAWA yang ingin menutup aurat secara berperingkat dan amat mudah .



Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kebaikan, InsyaAllah boleh :

1)      Set dalam minda yang kita nak menutup aurat sempurna dengan handsock & stoking
2)      Kalau ada “baju adik”(baby t-shirt), simpan. Jangan buang , sebab kalau gian pakai dalam bilik. Jangan lupa, dengan fmily pun kena jaga aurat.
3)      Kalau banyak baju yang tak mengikut syarak, simpan pakai tidur. Beli baju yang longgar. InsyaAllah, ada ganjaran berbelanja untuk menutup aurat.
4)      Kalau mereka yang tak bertudung, pakailah sebab rugi kamu tayang kecantikan kamu pada semua. Lagi cantik bila bertudung
5)      Bagi mereka yang sudah bertudung, labuhkan. Kalau jarang, inner neck banyak jual.Aurat sebenarnya bukan hanya menutup rambut.
6)      Bila bertudung, jangan pakai baju ketat, seluar ketat.
7)      Bertudung, tapi baju lengan pendek? Kalau ada , pakai handsocks dengan lengan baju pendek? Masih dikira Nampak bentuk tangan.
8)      Bertudung labuh tapi tidak pakai handsocks & stoking ? Aurat perempuan adalah semua kecuali muka & tapak tangan.
9)      Kalau ada family yang tidak bertudung , ajak mereka sekali. Tak salah ajak mereka berubah tetapi secara berhemah.
10)   Solat jaga tapi tidak menutup aurat ? Alhamdulillah jaga solat, tapi jangan lupa menutup aurat pun wajib. Mungkin ada salah dalam solat.
11)   Bila nak berubah, dekatkan diri pada benda baik macam majlis ilmu, dengar bacaan Al-Quran, jaga solat, dan bekawan dengan kawan yang baik.
12)   Bila dah berubah, istiqamah. Buat selalu sebab bila kita selalu buat, kita akan rasa kekok tidak pakai pakaian labuh dan longgar.
13)   Ada yang guna cara ini, iaitu buat jadual. Minggu pertama mula pakai baju longgar. Minggu seterusnya pula bertudung . mudahkan ?
14)   Set dalam minda mati itu pasti . Tak kan nak berubabah bila kita nak mati sahaja sebab kita tak tahu bila ajal kita akan tiba. Banyakkan istighfar.
15)   Dekatkan diri dengan Allah & buat solat taubat nasuha. Kembali kepada-Nya dan pohon petunjuk-Nya. InsyaAllah dia Maha Pengampun.
16)   Bila keluar Tanya diri sendiri “ Adakah Allah redha dengan cara pemakaian aku?”
17)   Bila berubah, pekakkan telinga dengan cacian , sebab tak mudah untuk ke syurga kan? InsyaAllah indah akhirnya.
18)   Bila menutup aurat, kawan hilang ? Allah nak tunjukkan kita siapa kawan dan siapa lawan. InsyaAllah
19)   Bila dah menutup aurat, jangan berlebihan cukuplah sekadar ingin menutup aurat bukannya ingin berhias untuk menarik perhatian orang ramai. Gunakan hijab yang selesa.
20)   Bukan tak boleh pakai pakaian cantik-cantik , tapi biarlah cantik itu dilihat dari konsep menutup aurat itu bukannya untuk bersifat riak dan angkuh. Betulkan? Lebih indah menutup aurat dengan cara bersederhana . opps, jangan gunakan minyak wangi yang berebihan
.

Jadilah bidadari syurga di dunia dengan seindah kamu. Jangan takut untuk berubah, Allah ada bersama-sama kita selalu menemani saat susah dan senang. jangan mengeluh untuk menutup aurat jika kepanasan dan ingin menjadi "hot" di dunia, kerana di akhirat sana NERAKA lagi "HOT".
 

"Setitik air peluh wanita yang kepanasan kerana menutup aurat, ia dikira pahala".
"Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik, Indah mata memandang, menarik dilihat,
tetapi tidak boleh disentuh" - Ustaz Azhar Idrus.



Jom tutup aurat dengan sempurna ! strict pretty girl, Ieyrah Asz.
.

No comments:

Post a Comment